Kulit

GATAL,

PEDIH?

Kisah Benar: Menggaru-garu di tengah malam

Cuaca panas boleh menyebabkan ruam pada kulit. Apabila ruam ini digaru terlalu kerap, ianya akan menyebabkan kulit luka dan menjadi tempat pembiakan bakteria. Lama-kelamaan tompok ruam ini akan menjadi besar dan boleh menyerupai simptom ekzema. Cara mengawal ruam adalah hampir sama seperti penjagaan ekzema.

fakta ekzema

Ekzema adalah ruam kulit yang berpanjangan yang boleh menyebabkan ketidak selesaan dalam kehidupan seharian. Semakin kulit ekzema digaru, semakin besar kebarangkalian ianya akan dijangkiti bakteria.

Ekzema adalah disebabkan sistem imun yang bercelaru sejak di dalam kandungan. Data dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa peningkatan penyakit berpunca daripada alahan seperti rhinitis dan ekzema adalah sebanyak 29.1 peratus.

Prof. Dr. Lai Oi Ming dari Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia menyatakan bahawa salah satu penyakit kulit yang paling biasa dan kronik di dunia adalah ekzema atau atopik dermatitis (AD). Ekzema berlaku pada individu dari semua kaum dan peringkat umur. Ia adalah satu keadaan kulit radang, ciri-ciri ichtyosis (kulit kering), erythema (kemerahan), kritik pedas (gangguan kulit), luka-luka menggaru, lichenification (penebalan kulit), luka-luka dijangkiti (lepuh, pembentukan nanah) dan hypopigmentation dalam luka-luka lama. AD memberi kesan kepada 20% kanak-kanak dan 10% orang dewasa di seluruh dunia (The Star, 2016).

Cara merawat ekzema

Terdapat 1001 jenis petua dan ubat` ekzema dan juga ruam bayi yang terdapat di farmasi dan juga di laman sosial masa kini.  Tahukah anda bahawa kulit adalah organ yang terbesar pada badan dan ianya berliang? Kulit seorang yang normal mempunyai daya serapan sebanyak 64% secara purata termasuk bahan toksin. Fakta ini menunjukkan bahawa apa yang diserap oleh kulit kita amat penting termasuk bahan kegunaan harian yang disapu pada kulit.

 

Kulit Ekzema pada amnya mempunyai sistem pertahanan yang rendah. Ini adalah salah satu sebab kenapa kulit ekzema mudah luka dan dijangkiti bakteria. 

 

Jadi apakah kriteria-kriteria yang perlu ketika memilih produk penjagaan ekzema terutama sekali krim ekzema? Berikut kami share 4 faktor utama:

  1. Ubat ekzema tidak perlu mengandungi steroid dan bahan-bahan kimia kontroversi seperti paraben, bahan sintetik dan pewangi

  2. Ubat ekzema mampu melegakan gatal dan radang ekzema dengan pantas

  3. Ubat ekzema mampu mengekalkan kelembapan kulit dalam jangka masa lama

  4. Ubat ekzema mengandungi fungsi anti-bakteria dan mampu mengawal radang ekzema dari merebak

Krim ekzema bebas kimia:

Oleh Elona Eczema Salve

  1. TIDAK MENGANDUNGI BAHAN KIMIA & TOKSIK: Krim ekzema untuk kulit gatal dan kulit ekzema kami diperbuat dari 100% bahan semulajadi. Ianya tidak mengandungi hydrocortisone, paraben dan bahan sintetik seperti yang terdapat di dalam ubat ekzema komersial. Ibubapa tidak perlu risau jika bayi ekzema memasukkan jari ke dalam mulut selepas terpegang anggota badan yang baru lepas disapu Eczema Salve kami.

  2. PANTAS MELEGAKAN GATAL: Setiap aplikasi Eczema Salve mampu melegakan gatal-gatal kulit ekzema termasuk ruam bayi dengan pantas. Kulit ruam bayi juga akan reda dari kemerahan dan berbiji-biji. Bayi dan anda mampu tidur lena setiap malam tanpa menggaru.   

  3. ANTI-BAKTERIA & ANTI-RADANG: Setiap bahan yang diguna dipilih dengan teliti supaya kulit ekzema di lindungi dari bakteria dan radang ekzema yang berterusan.  

  4. MENGEKALKAN KELEMBAPAN KULIT: Bahan-bahan utama Eczema Salve meningkatkan sistem pertahanan kulit dengan mengekalkan kelembapan yang jangka masa lama berbanding dengan krim ekzema yang lain . 

  5. MENGURANGKAN STRESS: Aroma dari pati Lavender mampu menenangkan keresahan dan stress penghidap ekzema. Stress adalah salah satu faktor rangsang ekzema.

KOMEN PAKAR MENGENAI EKZEMA

testimoni pengguna

sebelum

selepas

BAHAN UTAMA

Raw Unrefined Shea Butter

Shea Butter secara amnya adalah isi buah shea yang diambil dari pokok shea di benua Afrika. Ianya kini adalah bahan yang popular di dalam industri kosmetik disebabkan oleh khasiatnya membantu mengekalkan kelembapan kulit dan merawat pelbagai jenis penyakit kulit.  Jom baca blog kami untuk mengenali shea butter kami dengan lebih mendalam:

Pati Minyak Lavender 

Pati minyak Lavender mengandungi peratusan yang tertinggi di dalam formulasi kami dan adalah pati minyak kegemaran Oleh Elona. Lavender dipilih dan digemari kerana ianya adalah bahan yang versatile terutama sekali di dalam terapi kulit ekzema bayi dan dewasa. Kami menggunakan Lavender sebagai bahan di dalam hampir kesemua produk Oleh Elona. Ia mampu meransangkan pertumbuhan sel-sel kulit baru pada lapisan kulit yang bermasalah. 

Lavender juga bertindak sebagai anti-septik, anti-bakteria, dan anti-fungal yang boleh membantu kes-kes seperti kulit ekzema (atopic dermatitis), dan juga digunakan sebagai anti-bakteria di hospital ketika Perang Dunia Pertama.

Pati Minyak Rosemary 

Kita seringkali mendengar Rosemary digunakan didalam resipi masakan seperti resipi Rosemary Roast Chicken terkenal Jamie Oliver ;)

Rosemary juga mempunyai pelbagai kegunaan terutama sekali di dalam rawatan kesihatan kerana ia mempunyai kualiti sebagai anti-microb dan anti-septik dalam menangani masalah kulit ekzema, ruam bayi, dermatitis, kulit berminyak dan jerawat. Ia juga mengawal pembentukan kuman merbahaya dan meredakan radang kulit dan ruam panas. 

Pati Minyak Tea Tree 

Tea Tree mampu meredakan pelbagai masalah radang kulit dan kerap digunakan sebagai rawatan untuk masalah ekzema dan psoriasis. Mengikut kajian saintifik yang disiarkan di Clinical Microbiology Reviews, data menunjukkan bahawa Tea Tree mempunyai ciri-ciri aktiviti spektrum sebagai anti-bacteria, anti-fungal dan anti-viral.

Tea Tree adalah pilihan Oleh Elona untuk mengawal ekzema berair yang kebanyakannya disebabkan oleh pembiakan bakteria. 

kenapa eczema salve?

est. since

2014

Eczema Salve adalah produk pertama Oleh Elona dan telah membantu ramai Eczema Warrior di luar sana semenjak ianya mula diperkenalkan pada tahun 2014

Diformulasi oleh seorang Eczema Warrior yang mengalami ekzema sejak bayi hingga kini (keadaan terkawal) untuk membantu Eczema Warrior yang lain. Tidak seperti founder lain yang ramai terdiri dari golongan ibu-ibu ataupun pengusaha produk yang tidak pernah mengalami dan melalui keperitan ekzema

Krim pelbagai kegunaan: selain sebagai ubat ekzema, ianya boleh digunakan untuk ruam bayi, gigitan serangga, gegata, luka-luka kecil, melecur dan juga sebagai pelembap kulit harian. Selamat untuk seisi keluarga dan kulit muka bayi.

Taip kod promo "IAMNEW" sebelum checkout dan nikmati diskaun 10% untuk pelanggan baru kami. Tekan butang "BELI SEKARANG" di bawah.

Kos penghantaran PERCUMA dengan setiap pembelian minimum RM100 (semenanjung Malaysia) dan RM150 (Sabah/Sarawak)

OLEH ELONA

Malaysia's Natural Skin Care Products

for Eczema and Sensitive Skin Management

olehelona@gmail.com  |  +6011-5288 9509

Oleh Elona 2018. All rights reserved

  • Grey Facebook Icon
  • Grey Twitter Icon
  • Grey G+ Icon
  • Grey YouTube Icon
  • Grey Instagram Icon